SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG UMNO CAWANGAN TAMAN ISKANDAR BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Monday, November 9, 2009


(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)
SHAH ALAM 4 Nov. - Isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta memainkan peranan untuk bergerak seiring dengan suami mereka bagi mendampingi rakyat dengan lebih dekat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendekatan itu penting dan patut dipraktikkan terutama di negeri-negeri yang sedang dikuasai pakatan pembangkang.
Beliau berkata, dengan berbuat demikian, para isteri wakil rakyat akan dapat menjiwai kemahuan dan keperluan rakyat. Pada masa yang sama, katanya, mereka dapat mengatur aktiviti dan program yang relevan dengan kehendak semasa rakyat serta kumpulan sasar.
''Saya rasa pendekatan ini penting terutama di Selangor kerana melalui program-program yang memenuhi kehendak rakyat kita akan dapat mengukuhkan silaturahim antara pemimpin serta isteri mereka dengan rakyat.
''Apabila terjalin kemesraan maka wujudlah kepercayaan serta perasaan sayang terhadap pemimpin dan cara ini diharap akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.
''Saya juga minta isteri-isteri wakil rakyat agar turun padang dahulu untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan bagi mewakili suami yang mungkin terlambat kerana sibuk dengan tugas dan mesyuarat," kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini petang ini.
(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)
Cadangan Rosmah ini amatlah tidak praktikal. Adalah lebih baik isteri-isteri YB lebih tumpu mendidik anak-anak di rumah supaya kebahagian dan keharmonian rumah tangga YB akan menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat dan pengundi.
Hakikatnya menjaga isteri YB lebih sukar dari YB sendiri kerana kerapkali isteri-isteri YB lebih cerewet dari suami mereka sendiri sehingga rakyat-rakyat bahawahan mereka menjadi meluat dan nak termuntah dengan sikap lebih camca dari bubur.
Ada insiden di mana pernah YB sendiri dileter isterinya di hadapan rakyat kerana kesilapan kecil aturcara majlis ini pula untuk terlibat terus dalam tugas-tugas dan majlis YB.
(MummyRokiah)

Sunday, August 16, 2009

Nota kaki...


(Cut and Paste dari merboktimes.blogspot.com)

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.
(Dipetik dari Utusan Malaysia 14/8/2009 dari tajuk asal “Perangai PAS pelik tapi benar”)

Friday, July 31, 2009

'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT'



Anda sekalian boleh juga print poster di atas dan mengedarkannya kepada rakan-rakan sekerja, surau-surau, masjid-masjid atau pun tempat-tempat orang ramai. Usaha anda sekalian ini akan membantu orang ramai agar lebih sedar dan arif mengenai penyakit tersebut.


Penulis harapkan agar poster ini dapat memanafaatkan anda sekalian. Kita juga berharap agar tiada lagi yang terkorban dek penyakit H1N1 di negara ini. Apa yang perlu kita lakukan ialah faham tentang penyakit tersebut dan mendapatkan rawatan yang segera.

Wednesday, July 22, 2009

Selepas tafakur pegang lilin kini tunduk hormat depan colok pula


Apa dah jadi dengan pemimpin pembangkang? Memberi penghormatan terakhir di majlis pengkebumian Islam bukanlah satu kesalahan. Apa yang mengundang persoalan ialah mereka kini tidak segan-silu mengikuti ritual keagamaan bukan Islam semata-mata untuk meraih sokongan politik. Andaikata pemimpin UMNO yang berbuat demikian, percayalah… sudah pasti pemimpin-pemimpin PAS akan berlumba-lumba mengeluarkan fatwa untuk menghukum kafir musuh politik mereka.



Mengata orang, dia yang lebih… What next? Pemimpin Islam parti pembangkang angkat Kavadi di perayaan Thaipusam?

MEREKA SEDANG MENYERANG UMNO

Strategi yang di mainkan pembangkang(baca:Anwar) adalah memainkan serangan khusus terhadap Umno sahaja. Mereka tidak mahu menyerang MIC, MCA, Gerakan atau lain-lain.
Malah, calon Presiden MCA yang kalah dua kali, Chua Jui Meng yang baru menyertai PKR turut menyerang Umno semasa hari pengisytiharan keahliannya. Bukankah beliau anggota ahli MCA?
Di pihak Anwar pula memang berharap dan merelai jika parti-parti/pemimpin parti tersebut ingin bekerjasama dengan pakatan pembangkang. Malah lebih baik jika mereka menyertai pakatan pembangkang.
Pada Anwar, cuma Umno sahaja di jatuhi hukuman tutup pintu seumur hidup. Umno saja yang dianggap merosakkan Malaysia lalu Umno saja yang perlu di hapuskan dari bumi Malaysia! Begitulah dendam Anwar terhadap Umno tanpa memperdulikan semangat bangsa Melayu!
Kerana itu jua kita dapat lihat beberapa penulis dan pemimpin pembangkang menggelarkan UBN(Umno-BN). Ini kerana mereka memainkan perang psikologi agar parti-parti komponen merasakan BN adalah milik Umno secara ekslusif. Walhal BN telah diterajui secara muafakat dan toleransi yang tinggi.
Berlainan dengan pakatan pembangkang, Anwar seorang yang menjadi pemimpin de facto. Kita di pihak BN wajar menggelarkan mereka Pakatan Anwar untuk menyerang permainan psikologi pembangkang.
Tika ini, serangan terhadap Umno semakin hebat. Kepercayaan parti komponen amat di perlukan. Kita perlu berhadapan sebagai satu barisan. Waktu ini jugalah, saat terbaik untuk menilai siapa kawan, siapa lawan!

Tuesday, July 14, 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYAKECIL MANEK URAI

Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:

1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

Penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Keputusan Pilihanraya Kecil Manik Urai dijangka diketahui seawal-awalnya pukul 8 malam ini.

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih .

Keputusan Rasmi Pilihanraya DUN N41 Manek Urai

1. Fauzi bin Haji Abdullah (PAS) – 5.348

2. Tuan Aziz Tuan Mat ( BN ) – 5,283

Majoriti – 65.

Monday, July 13, 2009

PPSMI


(Utusan Malaysia 9/7/2009)KUALA LUMPUR 8 Julai - Langkah kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini.
Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan itu kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat.
Katanya, langkah itu memperlihatkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sudah dikembalikan ke tempatnya yang wajar.
AS I SEE IT :Tokoh yang pandai bercakap menentang PPSMI pun manghantar anaknya Zeti Akhtar Aziz ke Assunta Girl School (Assunta Secondary School was named in memory of an Italian nun who answered to the name of Maria Assunta Pallota. The word 'Assunta' is of Italian origin. Its English equivalent is 'Assumption', a word which is associated with the Virgin Mary's Assumption into Heaven) mungkin kerana tidak percaya kepada Sekolah Melayu atau sekolah pondok.
Hakikatnya hari ini tokoh-tokoh yang telah berjaya menerajui kepimpinan Negara dan industri telah mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris.
Anak-anak mereka juga di hantar ke sekolah Inggeris.Mereka yang tidak boleh menguasai bahasa Inggeris akan diselubungi ”inferiority complex” malu untuk bercampur dengan mereka yang pandai berbahasa Inggeris.
Mereka malu untuk bercakap kerana takut tercakap ”broken English” dan takut ditertawakan. Mereka keliru yang mana satu ”present tense” dan yang mana satu ”past tense”.Untuk perhatian bermula 9/7/2009 Blog Che Det sedang menjalankan Blog Poll untuk mencari suara rakyat samada menentang atau menyokong keputusan kerajaan PPSMI di dalam Bahasa Malaysia.
Tindakan Che Det ini dilihat telah terlewat. Dimana tindakan ini sepatutnya dibuat sebelum kerajaan membuat keputusan lagi.Akhirnya yang menjadi mangsa "experiment" adalah anak-anak kita.

Posted by MUMMY ROKIAH

DAP KEDAH KEMBALI BERTAUT DALAM PR


YAN, 11 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan bahawa rumah penyembelihan babi yang bakal dibuka di negeri ini akan berkonsep mesra alam. Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai tapak cadangan rumah penyembelihan babi di sebuah kawasan di Sungai Toh Pawang di Bedong, yang dicadangkan oleh Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah. "Salah satu syarat yang kita kenakan untuk tempat sembelih babi itu ialah zero discharge, jadi mereka kena kitar semula air kumbahan itu, tidak boleh buang (ke sungai)," katanya ketika ditemui pemberita di sini Sabtu ini.
KOMEN:Sejak bila pula Babi disembelih? Sejauh mana Ustaz Azizan nak jamin ”zero discharge”? Air Babi yang dikitar semula nak dibuat mandi atau basuh baju?
Apabila dikatakan ”zero discharge” rakyat yang beragama Islam perlu tahu sedalam-dalamnya bagaimana tulang-tulang babi, kulit babi, kuku babi, bulu babi, gigi babi diuruskan selepas bangkai Babi dibuat sup ”Bak Kut Teh”.
Apakah Ustaz Azizan nak ”recycle” bahan buangan Babi atau Kerajaan PAS nak wujudkan industri hiliran berasaskan tulang Babi di Kampung Sungai Toh Pawang, Bedong.
Hakikatnya penduduk Sungai Toh Pawang menjadi mangsa kerana kampung mereka dijadikan hadiah pusat proses Babi oleh Kerajaan PAS Kedah kepada DAP Kedah untuk mereka bertaut kembali dalam PKR Kedah.

Posted by MUMMY ROKIAH

Thursday, July 2, 2009

DEMI BABI, DAP KEDAH KELUAR PAKATAN

Jul 1, 2009 ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini. - UTUSAN

Tuesday, June 30, 2009

Segarkan Wajah Umno

Sejak kekalahan memalukan pada PRU12, Umno bersungguh-sungguh ingin memberi wajah baru kepada parti ini. Kehilangan undi yang bukan sedikit pada saluran 3 dan 4 menunjukkan Umno terlupa menarik kehilangan orang muda.
Lalu atas keinginan dan persetujuan bersama, Pak Lah (Tun Abdullah) bersetuju memberi laluan kepada DS Najib dan barisan kepimpinan baru. Atas niat memberi wajah baru kepada Umno.
Maka berlaku jua perubahan di peringkat bahagian dan cawangan. gelombang wajah baru mula menguasai. Ramai ketua bahagian bertukar wajah. Tidak kurang barisan kepimpinan bahagian, wanita, pemuda dan jua puteri.
Apakah ini cukup untuk memenuhi kehendak generasi muda?
Sebenarnya, generasi muda bukan mahukan wajah baru, tetapi berperangai lama atau lebih buruk lagi. Mereka mahukan pemimpin yang dekat dengan jiwa mereka.
Golongan muda mahu pemimpin yang di lihat mewakili suara mereka, boleh merapati mereka dan boleh berbual dalam nada yang sama dengan mereka. Golongan muda gemar berbual tentang minat, muzik, hiburan, filem terkini, gaya hidup semasa, kekalutan ekonomi semasa dan sepertinya.
Tidak salah sesekali tunjukkan bahawa pemimpin Umno ini tahu juga tentang Shuffle, Transformers, Comic Manga, Indie Band, Facebook dan sebagainya. Malah tahu juga melepak di Old Town Kopitiam, sesekali di Starbucks dan tidak kekok duduk di restoran mamak menonton bola.
Masalahnya pemimpin kita hanya suka berbual tentang politik, perjuangan dan sebagainya bila berbual dengan golongan ini. Bertambah buruk apabila ada golongan Pemuda yang diharapkan menawan golongan ini terlupa untuk berbicara bahasa orang muda.
Lihat saja contoh "Konsert Radio Rosak" yang telah dianjurkan oleh Umno Bahagian Johor Bahru dan di ikuti oleh Umno Bahagian Pasir Gudang. Konsert gabungan kumpulan indie ini sememangnya tepat pada masanya.
Ini menunjukkan pemimpin Umno bahagian tahu apa kehendak orang muda pada waktu sekarang. Tidak salah jika ia dijadikan platform untuk memesrakan orang muda dengan Parti Umno. Tidaklah mereka memandang Umno sebagai 'parti orang tua' dan 'parti projek' sahaja!
Inilah kesegaran wajah yang kita perlukan. Bukannya hanya perubahan pemimpin, tetapi perubahan sikap dalam menangani cabaran masa sekarang. Apakah kita rela kehilangan sokongan orang muda yang bakal mencorakkan generasi akan datang?

Monday, June 29, 2009

Pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat calon BN Manik Urai

KUALA KRAI 28 Jun - Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Manik Urai, umum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

— BERNAMA

Saturday, June 27, 2009

IKAN GRED RON97


Harga minyak jatuh kepada AS$67 setong.

Harga minyak mentah global menjunam ke paras bawah AS$67 (RM237.18) pada dagangan Asia hari ini. – sumber utusan 24/06/2009.

Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.- sumber utusan 13/05/2009

*********************************************************
Walaupun harga minyak turun, jangan lupa mulai 1 September 2009 nanti harga minyak RON97 akan naik sebanyak 20sen.
Walau apa pun grednya, RON99 sekali pun, yang difahami adalah harga minyak akan naik.
“Awat mahai ikan ni Chong…””
Minyak dah naiklah makcik””
Awak jangan nak tipu, lori awak guna RON95 bukan RON97″.

Wah…makcik² kat pasar jangan lupa tanya penjual ikan tu dia guna minyak gred apa ye.

Friday, June 26, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

Abdul Malik bin Marwan pernah berkata: “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kamu mahukan dari diri kami seperti yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kamu tidak pun melaksanakan apa yang mereka (rakyat Abu Bakar dan Umar) amalkan?”

Pemimpin yang baik itu sebenarnya dilahirkan daripada masyarakat kebanyakan iaitu kalangan kita sendiri. Sepatutnyalah peribadi yang baik itu terbentuk daripada diri setiap individu, diikuti peringkat keluarga dan seterusnya kepada masyarakat yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara.

Jadi hendaklah kita mula membina sesebuah negara yang baik itu dengan mula mengubah diri kita terlebih dulu. Maka hendaklah kita sentiasa bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

- Nawawi Subandi ( BH Online )

Friday, June 12, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

" Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong, takbur lagi membangga diri ''

Surah Luqman ayat 18

Friday, June 5, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

Sabda rasulullah saw

Nabi s.a.w bersabda: Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya serta tiada sekutu bagi-Nya) dan Dia menyukai pada yang ganjil.

Monday, June 1, 2009

NOTA...KAKI?

AYAT MUDAH...............

"Kemenangan PKR di Penanti adalah permulaan kepada kejatuhan PKR."

Friday, May 29, 2009

WARISAN

Anak kecil main api.........

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

TAZKIRAH JUMAAT

“ Maka ingatlah kepada aku, supaya aku pula ingat kepadamu.”
( Surah Al-Baqarah ayat 152)

Wednesday, May 27, 2009

PANDUAN ARAH KIBLAT

Assalamualaikum kawan-kawan,

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH 28 MEI ( kira-kira jam 5.16 petang ) & 16 JULAI (5.28 petang ) waktu Malaysia.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.
peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

Waktu solat dan posisi info
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.


PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3.Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam SelangorMaklumat tambahan :Wikipedia- KiblatNota - Ka’bah terletak pada koordinat 39o 49′ 34″ BT; 21o 25′ 21″ LU)

Friday, May 22, 2009

JOM KE PERPUSTAKAAN

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pelajaran, akan menganjurkan program JOM KE PERPUSTAKAAN bagi pelajar Tahun 5 & 6 dalam kawasan Parlimen Johor Bahru bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail pada 23hb Mei, Sabtu ini.

Seramai 300 orang murid akan diberikan Kad Perpustakaan percuma oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru sebagai satu usaha untuk menggalakan budaya membaca di kalangan pelajar.
Selain itu, satu bengkel pengurusan masa dan teknik belajar juga akan diberikan kepda semua pelajar yang hadir.
Pihak kami turut mengalu-alukan penyertaan daripada anak-anak semua ahli UMNO di dalam Bahagian Johor Bahru untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seperti berikut :-

i. Pertandingan Mewarna - 5-7 tahun, 8-10 tahun
ii. Pertandingan Bintang Kecil - 7-12 tahun (Penyertaan adalah terhad)

Disamping itu terdapat pameran dan demonstrasi daripada agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan, JPA, SWM dan banyak lagi selain Pesta Jualan Buku.

JOM KE PERPUSTAKAAN! Sabtu ini dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

TAZKIRAH JUMAAT

Tazkirah Remaja: Iman boleh cegah jahiliah moden
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

ANAK adalah pewaris dan penyambung keturunan. Tetapi anak sebenarnya bukan milik kita, sebaliknya anugerah Allah.

Ada yang berusaha untuk mendapat anak tetapi tidak juga mendapatnya. Ada yang tidak hendak anak tetapi dapat pula dan bila dah tak nak anak dibuangnya pula anak itu.

Memang zalim mereka yang buang anak. Mereka buang sebab cara mendapatnya yang tidak betul, dengan berzina.

Perbuatan zalim ini tidak akan berhenti dengan perbuatan terkutuk selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.

Selepas berseronok melakukan hubungan zina yang diharamkan, mereka melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan.

Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri. Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan.Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.

Ada dibuang di dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak ke dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu?

Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna.Setiap kali isu itu dibangkitkan pelbagai pihak tampil memberikan cadangan, tetapi hingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

Oleh itu, punca masalah perlu terlebih dulu dikenal pasti bagi mencari penawar untuk mengubati penyakit masyarakat yang sudah lama menjadi barah.

Pergaulan bebas tanpa batasan, keinginan muda-mudi berseronok, terpedaya dengan pujukan pasangan, kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa, tidak melaksanakan perintah agama antara punca amalan tidak bermoral berterusan.

Bagi membendung jenayah ini, golongan muda-mudi Islam dinasihatkan kembali ke jalan benar. Mereka wajib kembali kepada beramal dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.Setiap Muslim diingatkan supaya sentiasa menunaikan solat dan tidak mengabaikannya. Semoga ia mampu menjadi benteng serta pelindung kepada pelakuan dosa.

Allah berfirman maksudnya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ibu bapa pula diingatkan supaya tidak terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang sementara menyebabkan tanggungjawab mendidik anak terabai. Walaupun kemungkinan anak tidak lagi tinggal serumah apabila sudah bekerja, ibu bapa seharusnya tahu tempat tinggal, rakan dan tempat bekerja mereka.

Dengan itu, anak akan berasa keprihatinan ibu bapa walaupun berjauhan.Selain itu, pesta hiburan sehingga lewat malam yang menjurus kepada pergaulan bebas tanpa sempadan juga hendaklah dihentikan.

Stesen televisyen juga disaran mematuhi garis panduan penayangan filem dengan menghentikan filem berunsur lucah dan ganas daripada tayangan umum.Seterusnya, marilah bersama menyumbang dengan melaksanakan kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk kebaikan semua.

Budaya tegur-menegur dan saling nasihat-menasihati perlu menjadi amalan dalam masyarakat supaya amalan buruk jahiliah moden ini dapat dibanteras. http://http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090522081405/Article/indexv_html

Sunday, May 17, 2009

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN UMNO


Majlis Perasmian secara Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan dan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Johor Bahru 2009

Tarikh : 16hb Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru.

Majlis Perasmian telah di rasmikan oleh :

YB Dato' Shahrir bin Abdul Samad
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik walau di mana saja berada.

Jasamu tetap dikenang, terimakasih cikgu.
di hari pertama persekolahan

Friday, May 15, 2009

NOTA...KAKI?


Kerajaan mungkin akan mengkaji semula kriteria pemberian biasiswa JPA terhadap penerima. Ketika ini biasiswa JPA kebanyakannya di terima oleh kaum Melayu untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Selepas sistem liberalisasi dalam 27 sektor, mungkin kerajaan juga bakal menetapkan kaedah merit dalam pemberian biasiswa JPA selepas ini. Mungkin ini yang sebaiknya.
Apatah lagi banyak sumber memberitahu, ramai pelajar Melayu yang sedang dan telah menerima biasiswa JPA merupakan orang yang paling kuat menolak Umno. Walhal Umno yang paling kuat mempertahan kaedah pemberian biasiswa JPA selama ini.
Di luar negara, mereka sibuk memburukkan kerajaan, membusukkan nama Umno dan mengagungkan pembangkang. Tapi dalam masa yang sama mereka menanti duit JPA masuk ke dalam akaun mereka pada hujung bulan.
Setelah mereka berjaya atas ehsan dasar membantu Melayu, pelajar-pelajar JPA ini membantu menyokong sistem kesama rataan yang membunuh peluang bakal pelajar Melayu lainnya.

PUTRAJAYA May 14: The Government will review the selection criteria for Public Services Department scholarships, said MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat.
He said a meeting would be held among Barisan Nasional component party leaders, the PSD director-general and the Chief Secretary to the Government today.
They will discuss the matter and reconsider rejected cases.
“All four MCA ministers had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to discuss the cases highlighted to us regarding the selection of PSD scholarship recipients. The same issue was also brought up at the Cabinet meeting. The Prime Minister has agreed to review the criteria,” he told a press conference here yesterday. sumber The Star Online

TAZKIRAH JUMAAT

Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah SAW bersabda, '' Barangsiapa menutup ( aib ) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi ( aibnya ) di dunia dan ahkirat. Dan Allah akan menolong hambaNya selama hambanya menolong saudaranya '', Hadis riwayat Muslim.

Monday, May 11, 2009

NOTA KAKI...?

Kejadian di DUN Perak pada 7 Mei 2009 katanya dirancang dengan penuh teliti oleh pihak pembangkang yang menyusun gerak kerja cukup ‘advance’’mereka bergerak di seluruh Negara dengan berselindung di sebalik lilit kepala, berserban hijau, berkupiah dan mengenakan pakain serba hitam dan lain2 lagi.

Pasukan serban, berkopiah menyelinap masuk ke seluruh masjid di semua negeri tak ketinggalan di Parlimen Johor Bahru khasnya di DUN Tg Puteri
dimana pada 8 Mei lalu satu insiden berlaku di Masjid BBU terdapat satu kumpulan yang taksub sangat ni…selepas sembahyang jumaat berkumpul di satu sudut cuba menarik perhatian jemaah untuk agenda mereka.

Nota kaki ingin menarik perhatian semua pihak di Parlimen Johor Bahru dan DUN Tg Puteri serta juga di seluruh Negeri Johor khasnya…, insiden di Masjid BBU adalah hasil dari ketaksuban geraksaraf pembangkang berselindung atas liltan dan kupiah di kepala, tetapi SYABAS kepada pihak pengurusan Masjid BBU (http://duniasunawan.blogspot.com/) dan juga pihak polis yang dapat menghidu kegiatan pembangkang ini…,

Nota kaki ingin memberi pesanan kepada semua pengurusan masjid dan surau di DUN Tg puteri serta juga diluar kawasan bahawa pengurusan masjid yang di kelolakan oleh pihak swasta saperti yang kita lihat insiden kerap berlaku provakasi selepas waktu solat jumaat… Di DUN Tg Puteri kini terdapat sebuah lagi masjid di uruskan oleh pihak swasta, syabas dan tahniah kepada mereka kerana memperbanyakan lagi prmbinaan rumah Allah ini… tetapi perlu perhati dan terangkan mata dan pasang telinga hidu perkembangan saperti diatas jangan berulang di bumi bertuah DUN Tg Puteri dan Johor Darul Takzim….amin.

ULANG TAHUN UMNO KE-63

TAHNIAH! KEPADA UMNO

Umno Taman Iskandar mengucapkan Selamat menyambut Harijadi UMNO ke 63 tahun.

Tarikh 11 Mei ini maka genaplah usia UMNO 63 tahun sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara.

Saturday, May 9, 2009

NOTA KAKI...?

'Panas' di DUN Perak vs Tragedi Menyayat Hati Mangsa Peragut.

Alangkah bagusnya jika kita semua tidak melaporkan dan tidak mempedulikan mereka. Biarlah mereka dengan drama DUN mereka. Kadang kala ADUN bertindak di luar batasan supaya dilihat sebagai 'hero' dan 'pejuang tulin' kerana mereka tahu ada yang menulis dan melaporkan tindakan mereka di dalam media-media.

Mereka akan lebih berlagak dan lebih berkeras supaya lakonan mereka meninggalkan impak yang dapat memukau rakyat yang membaca media-media tersebut.

Dan di dalam mereka bertegang
leher itu, kita telah kehilangan
seorang ibu hamil mangsa ragut.
Peristiwa menghayat hati ini
bertambah pilu apabila Utusan
Malaysia melaporkan bahawa
arwah tidak menyimpan wang yang
banyak di dalam begnya
- hanya dompet usang berisi RM 2.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini -
Utusan Malaysia

Peristiwa menghayat hati ini sepatutnya menyebabkan pemimpin-pemimpin lebih insaf dan lebih fokus kepada tanggungjawab mereka. Realitinya, ramai rakyat yang memerlukan pembelaan dan pertolongan.

Kepada semua ADUN negeri Perak, penulis berharap agar anda sekalian bertenang, lebih fokus dan lebih kerap memikirkan kepentingan rakyat negeri Perak daripada percakaran politik. ADUN dipilih untuk membela rakyat dan bekerja untuk mereka. Tiada lain selain daripada 2 tanggungjawab ini.

Laksanakan tanggungjawab tersebut dengan amanah dan baik. Janganlah malukan diri sendiri di depan rakyat yang memilih anda sekalian.

Friday, May 8, 2009

NOTA KAKI...?

APA KATA AHLI CAWANGAN,

Saya tak sanggup melihat permainan politik pembangkang yang berlaku di perak, sampai anak raja terpaksa menunggu 5 jam untuk merasmikan sidang DUN.

Sedar atau tak sedar atau sengaja umum melihat disatu pihak berjaya mempersendakan kedudukan raja raja melayu. Apatah lagi kalau generasi muda sekarang yang dah muak dengan istilah ‘’ good governess’’ ni senyum aje…tengok keadaan itu.

Jadi jangan marah kepada orang muda yang tak tau atau pun tak faham sejarah mahu pun yang lebih teruk buta sejarah… yang sedihnya … tedengar kat sana sini …nak…nak kat kedai mamak…. Orang ramai berbual sama sendiri… anak raja kena tunggu …sampai 5 jam…. Apa dah jadi ni…. Di mana nilai hati budi…hormat menghormati…adat budaya…..dah …dah hancur…dah…dah habis dah….ini lah dia ‘’’ good governess…tadi… sepatah kata ‘’’ PERSEPSI ‘’ huraikan hujah kan…

Thursday, May 7, 2009

PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS MBJB

TAHNIAH! KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS MBJB YANG BARU DILANTIK

Umno Cawangan Taman Iskandar mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Majlis MBJB yang baru dilantik dan telah mengangkat sumpah. Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya ikhlas melaksanakan sesuatu kerja atau membuat kebajikan membantu rakyat dan tidak hanya berfikir untuk kepentingan individu dan parti sahaja. Semua ahli majlis PBT BN memainkan peranan besar dalam memantapkan lagi sesuatu parti supaya semua rakyat yakin dengan pentadbiran yang digerakkan oleh kerajaan.
Mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat sebaik mungkin kerana setiap tugasan itu merupakan kepercayaan yang dipertaruhkan oleh masyarakat untuk kita.
Kerana kepercayaan rakyat itulah kita masih lagi kekal mentadbir kerajaan walaupun kita hilang suara dua pertiga di Dewan Rakyat. Jadi jangan mempersia-siakan kepercayaan itu.

Wednesday, May 6, 2009

RENUNGAN

Pesan Orang Lama

Setia pada parti harus melebihi setia pada pemimpin. Pemimpin datang dan pergi. Tapi parti untuk di warisi.

Sudut Renungan

Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).


-surah Al-Ahzaab ayat 48-

Sunday, May 3, 2009

AL-FATIHAH

BEKAS ADUN TG. PUTERI MENINGGAL DUNIA

JOHOR BAHARU 2 Mei - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Ali Mohamed meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada hari ulang tahun kelahirannya ke-68 hari ini.
Menurut isterinya, Datin Rokiah Othman, 56, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital tersebut sejak 21 April lepas.
“Allahyarham dimasukkan ke HSI pada 21 April lalu kerana terdapat ketumbuhan pada usus besar dan menjalani pembedahan di hospital sama pada 27 April lalu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Allahyarham menjadi lemah selepas pembedahan itu dan kurang selera makan.
Allahyarham, yang juga Timbalan ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan tujuh cucu.
Jenazah Allahyarham kemudian telah dibawa ke kediamannya di No.17, Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam, di sini. - Bernama

Tuesday, April 28, 2009

SELAMAT BERKENALAN

Ini adalah posting yang pertama dalam blog ini.

Tujuan Umno Iskandar menyertai bloggers adalah untuk sama-sama memberikan sumbangan dan pandangan dalam dunia politik Malaysia, dan yakin apa yang ada ini jika tidak dikongsi bersama akan hilang ditelan zaman.

Selamat berkenalan di dunia baru ini.

Friday, April 24, 2009

PAPARAN UMNO ISKANDAR

Salam Perjuangan

Tunggu catatan akan datang.........