SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG UMNO CAWANGAN TAMAN ISKANDAR BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Friday, May 29, 2009

WARISAN

Anak kecil main api.........

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

TAZKIRAH JUMAAT

“ Maka ingatlah kepada aku, supaya aku pula ingat kepadamu.”
( Surah Al-Baqarah ayat 152)

Wednesday, May 27, 2009

PANDUAN ARAH KIBLAT

Assalamualaikum kawan-kawan,

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH 28 MEI ( kira-kira jam 5.16 petang ) & 16 JULAI (5.28 petang ) waktu Malaysia.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.
peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

Waktu solat dan posisi info
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.


PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3.Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam SelangorMaklumat tambahan :Wikipedia- KiblatNota - Ka’bah terletak pada koordinat 39o 49′ 34″ BT; 21o 25′ 21″ LU)

Friday, May 22, 2009

JOM KE PERPUSTAKAAN

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pelajaran, akan menganjurkan program JOM KE PERPUSTAKAAN bagi pelajar Tahun 5 & 6 dalam kawasan Parlimen Johor Bahru bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail pada 23hb Mei, Sabtu ini.

Seramai 300 orang murid akan diberikan Kad Perpustakaan percuma oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru sebagai satu usaha untuk menggalakan budaya membaca di kalangan pelajar.
Selain itu, satu bengkel pengurusan masa dan teknik belajar juga akan diberikan kepda semua pelajar yang hadir.
Pihak kami turut mengalu-alukan penyertaan daripada anak-anak semua ahli UMNO di dalam Bahagian Johor Bahru untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seperti berikut :-

i. Pertandingan Mewarna - 5-7 tahun, 8-10 tahun
ii. Pertandingan Bintang Kecil - 7-12 tahun (Penyertaan adalah terhad)

Disamping itu terdapat pameran dan demonstrasi daripada agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan, JPA, SWM dan banyak lagi selain Pesta Jualan Buku.

JOM KE PERPUSTAKAAN! Sabtu ini dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

TAZKIRAH JUMAAT

Tazkirah Remaja: Iman boleh cegah jahiliah moden
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

ANAK adalah pewaris dan penyambung keturunan. Tetapi anak sebenarnya bukan milik kita, sebaliknya anugerah Allah.

Ada yang berusaha untuk mendapat anak tetapi tidak juga mendapatnya. Ada yang tidak hendak anak tetapi dapat pula dan bila dah tak nak anak dibuangnya pula anak itu.

Memang zalim mereka yang buang anak. Mereka buang sebab cara mendapatnya yang tidak betul, dengan berzina.

Perbuatan zalim ini tidak akan berhenti dengan perbuatan terkutuk selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.

Selepas berseronok melakukan hubungan zina yang diharamkan, mereka melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan.

Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri. Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan.Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.

Ada dibuang di dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak ke dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu?

Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna.Setiap kali isu itu dibangkitkan pelbagai pihak tampil memberikan cadangan, tetapi hingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

Oleh itu, punca masalah perlu terlebih dulu dikenal pasti bagi mencari penawar untuk mengubati penyakit masyarakat yang sudah lama menjadi barah.

Pergaulan bebas tanpa batasan, keinginan muda-mudi berseronok, terpedaya dengan pujukan pasangan, kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa, tidak melaksanakan perintah agama antara punca amalan tidak bermoral berterusan.

Bagi membendung jenayah ini, golongan muda-mudi Islam dinasihatkan kembali ke jalan benar. Mereka wajib kembali kepada beramal dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.Setiap Muslim diingatkan supaya sentiasa menunaikan solat dan tidak mengabaikannya. Semoga ia mampu menjadi benteng serta pelindung kepada pelakuan dosa.

Allah berfirman maksudnya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ibu bapa pula diingatkan supaya tidak terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang sementara menyebabkan tanggungjawab mendidik anak terabai. Walaupun kemungkinan anak tidak lagi tinggal serumah apabila sudah bekerja, ibu bapa seharusnya tahu tempat tinggal, rakan dan tempat bekerja mereka.

Dengan itu, anak akan berasa keprihatinan ibu bapa walaupun berjauhan.Selain itu, pesta hiburan sehingga lewat malam yang menjurus kepada pergaulan bebas tanpa sempadan juga hendaklah dihentikan.

Stesen televisyen juga disaran mematuhi garis panduan penayangan filem dengan menghentikan filem berunsur lucah dan ganas daripada tayangan umum.Seterusnya, marilah bersama menyumbang dengan melaksanakan kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk kebaikan semua.

Budaya tegur-menegur dan saling nasihat-menasihati perlu menjadi amalan dalam masyarakat supaya amalan buruk jahiliah moden ini dapat dibanteras. http://http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090522081405/Article/indexv_html

Sunday, May 17, 2009

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN UMNO


Majlis Perasmian secara Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan dan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Johor Bahru 2009

Tarikh : 16hb Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru.

Majlis Perasmian telah di rasmikan oleh :

YB Dato' Shahrir bin Abdul Samad
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik walau di mana saja berada.

Jasamu tetap dikenang, terimakasih cikgu.
di hari pertama persekolahan

Friday, May 15, 2009

NOTA...KAKI?


Kerajaan mungkin akan mengkaji semula kriteria pemberian biasiswa JPA terhadap penerima. Ketika ini biasiswa JPA kebanyakannya di terima oleh kaum Melayu untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Selepas sistem liberalisasi dalam 27 sektor, mungkin kerajaan juga bakal menetapkan kaedah merit dalam pemberian biasiswa JPA selepas ini. Mungkin ini yang sebaiknya.
Apatah lagi banyak sumber memberitahu, ramai pelajar Melayu yang sedang dan telah menerima biasiswa JPA merupakan orang yang paling kuat menolak Umno. Walhal Umno yang paling kuat mempertahan kaedah pemberian biasiswa JPA selama ini.
Di luar negara, mereka sibuk memburukkan kerajaan, membusukkan nama Umno dan mengagungkan pembangkang. Tapi dalam masa yang sama mereka menanti duit JPA masuk ke dalam akaun mereka pada hujung bulan.
Setelah mereka berjaya atas ehsan dasar membantu Melayu, pelajar-pelajar JPA ini membantu menyokong sistem kesama rataan yang membunuh peluang bakal pelajar Melayu lainnya.

PUTRAJAYA May 14: The Government will review the selection criteria for Public Services Department scholarships, said MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat.
He said a meeting would be held among Barisan Nasional component party leaders, the PSD director-general and the Chief Secretary to the Government today.
They will discuss the matter and reconsider rejected cases.
“All four MCA ministers had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to discuss the cases highlighted to us regarding the selection of PSD scholarship recipients. The same issue was also brought up at the Cabinet meeting. The Prime Minister has agreed to review the criteria,” he told a press conference here yesterday. sumber The Star Online

TAZKIRAH JUMAAT

Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah SAW bersabda, '' Barangsiapa menutup ( aib ) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi ( aibnya ) di dunia dan ahkirat. Dan Allah akan menolong hambaNya selama hambanya menolong saudaranya '', Hadis riwayat Muslim.

Monday, May 11, 2009

NOTA KAKI...?

Kejadian di DUN Perak pada 7 Mei 2009 katanya dirancang dengan penuh teliti oleh pihak pembangkang yang menyusun gerak kerja cukup ‘advance’’mereka bergerak di seluruh Negara dengan berselindung di sebalik lilit kepala, berserban hijau, berkupiah dan mengenakan pakain serba hitam dan lain2 lagi.

Pasukan serban, berkopiah menyelinap masuk ke seluruh masjid di semua negeri tak ketinggalan di Parlimen Johor Bahru khasnya di DUN Tg Puteri
dimana pada 8 Mei lalu satu insiden berlaku di Masjid BBU terdapat satu kumpulan yang taksub sangat ni…selepas sembahyang jumaat berkumpul di satu sudut cuba menarik perhatian jemaah untuk agenda mereka.

Nota kaki ingin menarik perhatian semua pihak di Parlimen Johor Bahru dan DUN Tg Puteri serta juga di seluruh Negeri Johor khasnya…, insiden di Masjid BBU adalah hasil dari ketaksuban geraksaraf pembangkang berselindung atas liltan dan kupiah di kepala, tetapi SYABAS kepada pihak pengurusan Masjid BBU (http://duniasunawan.blogspot.com/) dan juga pihak polis yang dapat menghidu kegiatan pembangkang ini…,

Nota kaki ingin memberi pesanan kepada semua pengurusan masjid dan surau di DUN Tg puteri serta juga diluar kawasan bahawa pengurusan masjid yang di kelolakan oleh pihak swasta saperti yang kita lihat insiden kerap berlaku provakasi selepas waktu solat jumaat… Di DUN Tg Puteri kini terdapat sebuah lagi masjid di uruskan oleh pihak swasta, syabas dan tahniah kepada mereka kerana memperbanyakan lagi prmbinaan rumah Allah ini… tetapi perlu perhati dan terangkan mata dan pasang telinga hidu perkembangan saperti diatas jangan berulang di bumi bertuah DUN Tg Puteri dan Johor Darul Takzim….amin.

ULANG TAHUN UMNO KE-63

TAHNIAH! KEPADA UMNO

Umno Taman Iskandar mengucapkan Selamat menyambut Harijadi UMNO ke 63 tahun.

Tarikh 11 Mei ini maka genaplah usia UMNO 63 tahun sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan Negara.

Saturday, May 9, 2009

NOTA KAKI...?

'Panas' di DUN Perak vs Tragedi Menyayat Hati Mangsa Peragut.

Alangkah bagusnya jika kita semua tidak melaporkan dan tidak mempedulikan mereka. Biarlah mereka dengan drama DUN mereka. Kadang kala ADUN bertindak di luar batasan supaya dilihat sebagai 'hero' dan 'pejuang tulin' kerana mereka tahu ada yang menulis dan melaporkan tindakan mereka di dalam media-media.

Mereka akan lebih berlagak dan lebih berkeras supaya lakonan mereka meninggalkan impak yang dapat memukau rakyat yang membaca media-media tersebut.

Dan di dalam mereka bertegang
leher itu, kita telah kehilangan
seorang ibu hamil mangsa ragut.
Peristiwa menghayat hati ini
bertambah pilu apabila Utusan
Malaysia melaporkan bahawa
arwah tidak menyimpan wang yang
banyak di dalam begnya
- hanya dompet usang berisi RM 2.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini -
Utusan Malaysia

Peristiwa menghayat hati ini sepatutnya menyebabkan pemimpin-pemimpin lebih insaf dan lebih fokus kepada tanggungjawab mereka. Realitinya, ramai rakyat yang memerlukan pembelaan dan pertolongan.

Kepada semua ADUN negeri Perak, penulis berharap agar anda sekalian bertenang, lebih fokus dan lebih kerap memikirkan kepentingan rakyat negeri Perak daripada percakaran politik. ADUN dipilih untuk membela rakyat dan bekerja untuk mereka. Tiada lain selain daripada 2 tanggungjawab ini.

Laksanakan tanggungjawab tersebut dengan amanah dan baik. Janganlah malukan diri sendiri di depan rakyat yang memilih anda sekalian.

Friday, May 8, 2009

NOTA KAKI...?

APA KATA AHLI CAWANGAN,

Saya tak sanggup melihat permainan politik pembangkang yang berlaku di perak, sampai anak raja terpaksa menunggu 5 jam untuk merasmikan sidang DUN.

Sedar atau tak sedar atau sengaja umum melihat disatu pihak berjaya mempersendakan kedudukan raja raja melayu. Apatah lagi kalau generasi muda sekarang yang dah muak dengan istilah ‘’ good governess’’ ni senyum aje…tengok keadaan itu.

Jadi jangan marah kepada orang muda yang tak tau atau pun tak faham sejarah mahu pun yang lebih teruk buta sejarah… yang sedihnya … tedengar kat sana sini …nak…nak kat kedai mamak…. Orang ramai berbual sama sendiri… anak raja kena tunggu …sampai 5 jam…. Apa dah jadi ni…. Di mana nilai hati budi…hormat menghormati…adat budaya…..dah …dah hancur…dah…dah habis dah….ini lah dia ‘’’ good governess…tadi… sepatah kata ‘’’ PERSEPSI ‘’ huraikan hujah kan…

Thursday, May 7, 2009

PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS MBJB

TAHNIAH! KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS MBJB YANG BARU DILANTIK

Umno Cawangan Taman Iskandar mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Majlis MBJB yang baru dilantik dan telah mengangkat sumpah. Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya ikhlas melaksanakan sesuatu kerja atau membuat kebajikan membantu rakyat dan tidak hanya berfikir untuk kepentingan individu dan parti sahaja. Semua ahli majlis PBT BN memainkan peranan besar dalam memantapkan lagi sesuatu parti supaya semua rakyat yakin dengan pentadbiran yang digerakkan oleh kerajaan.
Mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat sebaik mungkin kerana setiap tugasan itu merupakan kepercayaan yang dipertaruhkan oleh masyarakat untuk kita.
Kerana kepercayaan rakyat itulah kita masih lagi kekal mentadbir kerajaan walaupun kita hilang suara dua pertiga di Dewan Rakyat. Jadi jangan mempersia-siakan kepercayaan itu.

Wednesday, May 6, 2009

RENUNGAN

Pesan Orang Lama

Setia pada parti harus melebihi setia pada pemimpin. Pemimpin datang dan pergi. Tapi parti untuk di warisi.

Sudut Renungan

Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).


-surah Al-Ahzaab ayat 48-

Sunday, May 3, 2009

AL-FATIHAH

BEKAS ADUN TG. PUTERI MENINGGAL DUNIA

JOHOR BAHARU 2 Mei - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Ali Mohamed meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada hari ulang tahun kelahirannya ke-68 hari ini.
Menurut isterinya, Datin Rokiah Othman, 56, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital tersebut sejak 21 April lepas.
“Allahyarham dimasukkan ke HSI pada 21 April lalu kerana terdapat ketumbuhan pada usus besar dan menjalani pembedahan di hospital sama pada 27 April lalu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Allahyarham menjadi lemah selepas pembedahan itu dan kurang selera makan.
Allahyarham, yang juga Timbalan ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan tujuh cucu.
Jenazah Allahyarham kemudian telah dibawa ke kediamannya di No.17, Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam, di sini. - Bernama