SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG UMNO CAWANGAN TAMAN ISKANDAR BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Saturday, May 9, 2009

NOTA KAKI...?

'Panas' di DUN Perak vs Tragedi Menyayat Hati Mangsa Peragut.

Alangkah bagusnya jika kita semua tidak melaporkan dan tidak mempedulikan mereka. Biarlah mereka dengan drama DUN mereka. Kadang kala ADUN bertindak di luar batasan supaya dilihat sebagai 'hero' dan 'pejuang tulin' kerana mereka tahu ada yang menulis dan melaporkan tindakan mereka di dalam media-media.

Mereka akan lebih berlagak dan lebih berkeras supaya lakonan mereka meninggalkan impak yang dapat memukau rakyat yang membaca media-media tersebut.

Dan di dalam mereka bertegang
leher itu, kita telah kehilangan
seorang ibu hamil mangsa ragut.
Peristiwa menghayat hati ini
bertambah pilu apabila Utusan
Malaysia melaporkan bahawa
arwah tidak menyimpan wang yang
banyak di dalam begnya
- hanya dompet usang berisi RM 2.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini -
Utusan Malaysia

Peristiwa menghayat hati ini sepatutnya menyebabkan pemimpin-pemimpin lebih insaf dan lebih fokus kepada tanggungjawab mereka. Realitinya, ramai rakyat yang memerlukan pembelaan dan pertolongan.

Kepada semua ADUN negeri Perak, penulis berharap agar anda sekalian bertenang, lebih fokus dan lebih kerap memikirkan kepentingan rakyat negeri Perak daripada percakaran politik. ADUN dipilih untuk membela rakyat dan bekerja untuk mereka. Tiada lain selain daripada 2 tanggungjawab ini.

Laksanakan tanggungjawab tersebut dengan amanah dan baik. Janganlah malukan diri sendiri di depan rakyat yang memilih anda sekalian.

No comments:

Post a Comment