SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG UMNO CAWANGAN TAMAN ISKANDAR BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Tuesday, June 30, 2009

Segarkan Wajah Umno

Sejak kekalahan memalukan pada PRU12, Umno bersungguh-sungguh ingin memberi wajah baru kepada parti ini. Kehilangan undi yang bukan sedikit pada saluran 3 dan 4 menunjukkan Umno terlupa menarik kehilangan orang muda.
Lalu atas keinginan dan persetujuan bersama, Pak Lah (Tun Abdullah) bersetuju memberi laluan kepada DS Najib dan barisan kepimpinan baru. Atas niat memberi wajah baru kepada Umno.
Maka berlaku jua perubahan di peringkat bahagian dan cawangan. gelombang wajah baru mula menguasai. Ramai ketua bahagian bertukar wajah. Tidak kurang barisan kepimpinan bahagian, wanita, pemuda dan jua puteri.
Apakah ini cukup untuk memenuhi kehendak generasi muda?
Sebenarnya, generasi muda bukan mahukan wajah baru, tetapi berperangai lama atau lebih buruk lagi. Mereka mahukan pemimpin yang dekat dengan jiwa mereka.
Golongan muda mahu pemimpin yang di lihat mewakili suara mereka, boleh merapati mereka dan boleh berbual dalam nada yang sama dengan mereka. Golongan muda gemar berbual tentang minat, muzik, hiburan, filem terkini, gaya hidup semasa, kekalutan ekonomi semasa dan sepertinya.
Tidak salah sesekali tunjukkan bahawa pemimpin Umno ini tahu juga tentang Shuffle, Transformers, Comic Manga, Indie Band, Facebook dan sebagainya. Malah tahu juga melepak di Old Town Kopitiam, sesekali di Starbucks dan tidak kekok duduk di restoran mamak menonton bola.
Masalahnya pemimpin kita hanya suka berbual tentang politik, perjuangan dan sebagainya bila berbual dengan golongan ini. Bertambah buruk apabila ada golongan Pemuda yang diharapkan menawan golongan ini terlupa untuk berbicara bahasa orang muda.
Lihat saja contoh "Konsert Radio Rosak" yang telah dianjurkan oleh Umno Bahagian Johor Bahru dan di ikuti oleh Umno Bahagian Pasir Gudang. Konsert gabungan kumpulan indie ini sememangnya tepat pada masanya.
Ini menunjukkan pemimpin Umno bahagian tahu apa kehendak orang muda pada waktu sekarang. Tidak salah jika ia dijadikan platform untuk memesrakan orang muda dengan Parti Umno. Tidaklah mereka memandang Umno sebagai 'parti orang tua' dan 'parti projek' sahaja!
Inilah kesegaran wajah yang kita perlukan. Bukannya hanya perubahan pemimpin, tetapi perubahan sikap dalam menangani cabaran masa sekarang. Apakah kita rela kehilangan sokongan orang muda yang bakal mencorakkan generasi akan datang?

No comments:

Post a Comment