SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG UMNO CAWANGAN TAMAN ISKANDAR BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Thursday, May 6, 2010

PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN

UMNO TIDAK TAKU UNTUK BERUBAH,

UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA....!!!

SEKARANG MASA UNTUK BERTINDAK , BUKAN untuk BERETORIK!!!

Kepada semua ahli UMNO Cawangan Taman Iskandar, dimaklumkan satu Persidangan Tahunan 2010 akan diadakan pada masa dan tarikh saperti berikut :-

Tarikh - 08 Mei 2010 (SABTU)

Masa - 0430 ptg

Tempat - Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bahru.

No 3A, Jalan Suria 18,

Tmn putera. Johor Bahru.

Kehadiran tuan puan amat dihargai, ahli UMNO TMN ISKANDAR bersatu teguh menghayati perjuangan UMNO.

SAMBUTAN MAULUD DI PERUMAHAN SRI ISKANDAR









SAMBUTAN MAULUD DI PERUMAHAN SRI ISKANDAR JOHOR BAHRU.

Pada 25 April 2010 hari ahad satu majlis sambutan maulud diadakan di taman perumahan SRI ISKANDAR yang mana sambutan ini dianjurkan oleh 5 Cawangan UMNO yang cara kebetulan 4 cawangan adalah berpindah ke perumahan itu. Cawangan Sri Iskandar adalah cawangan UMNO setempat.

Sambutan ini meriah dengan kehadiran Yang berhormat Tuan Haji Adam Bin Sumiru ADUN Tg Puteri yang juga Ketua UMNO Cawangan Taman Iskandar. Inilah satu2nya sambutan maulud yang dianjurkan oleh 5 cawangan, dan ini membuktikan bahawa semangat kerjasama diantara kesemua cawangan amat baik sekali.

Sambutan bermula dengan perarakan oleh penduduk setempat dan cawangan 2 yang terlibat.













Monday, November 9, 2009


(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)
SHAH ALAM 4 Nov. - Isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta memainkan peranan untuk bergerak seiring dengan suami mereka bagi mendampingi rakyat dengan lebih dekat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendekatan itu penting dan patut dipraktikkan terutama di negeri-negeri yang sedang dikuasai pakatan pembangkang.
Beliau berkata, dengan berbuat demikian, para isteri wakil rakyat akan dapat menjiwai kemahuan dan keperluan rakyat. Pada masa yang sama, katanya, mereka dapat mengatur aktiviti dan program yang relevan dengan kehendak semasa rakyat serta kumpulan sasar.
''Saya rasa pendekatan ini penting terutama di Selangor kerana melalui program-program yang memenuhi kehendak rakyat kita akan dapat mengukuhkan silaturahim antara pemimpin serta isteri mereka dengan rakyat.
''Apabila terjalin kemesraan maka wujudlah kepercayaan serta perasaan sayang terhadap pemimpin dan cara ini diharap akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.
''Saya juga minta isteri-isteri wakil rakyat agar turun padang dahulu untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan bagi mewakili suami yang mungkin terlambat kerana sibuk dengan tugas dan mesyuarat," kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini petang ini.
(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)
Cadangan Rosmah ini amatlah tidak praktikal. Adalah lebih baik isteri-isteri YB lebih tumpu mendidik anak-anak di rumah supaya kebahagian dan keharmonian rumah tangga YB akan menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat dan pengundi.
Hakikatnya menjaga isteri YB lebih sukar dari YB sendiri kerana kerapkali isteri-isteri YB lebih cerewet dari suami mereka sendiri sehingga rakyat-rakyat bahawahan mereka menjadi meluat dan nak termuntah dengan sikap lebih camca dari bubur.
Ada insiden di mana pernah YB sendiri dileter isterinya di hadapan rakyat kerana kesilapan kecil aturcara majlis ini pula untuk terlibat terus dalam tugas-tugas dan majlis YB.
(MummyRokiah)

Sunday, August 16, 2009

Nota kaki...


(Cut and Paste dari merboktimes.blogspot.com)

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.
(Dipetik dari Utusan Malaysia 14/8/2009 dari tajuk asal “Perangai PAS pelik tapi benar”)

Friday, July 31, 2009

'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT'



Anda sekalian boleh juga print poster di atas dan mengedarkannya kepada rakan-rakan sekerja, surau-surau, masjid-masjid atau pun tempat-tempat orang ramai. Usaha anda sekalian ini akan membantu orang ramai agar lebih sedar dan arif mengenai penyakit tersebut.


Penulis harapkan agar poster ini dapat memanafaatkan anda sekalian. Kita juga berharap agar tiada lagi yang terkorban dek penyakit H1N1 di negara ini. Apa yang perlu kita lakukan ialah faham tentang penyakit tersebut dan mendapatkan rawatan yang segera.

Wednesday, July 22, 2009

Selepas tafakur pegang lilin kini tunduk hormat depan colok pula


Apa dah jadi dengan pemimpin pembangkang? Memberi penghormatan terakhir di majlis pengkebumian Islam bukanlah satu kesalahan. Apa yang mengundang persoalan ialah mereka kini tidak segan-silu mengikuti ritual keagamaan bukan Islam semata-mata untuk meraih sokongan politik. Andaikata pemimpin UMNO yang berbuat demikian, percayalah… sudah pasti pemimpin-pemimpin PAS akan berlumba-lumba mengeluarkan fatwa untuk menghukum kafir musuh politik mereka.



Mengata orang, dia yang lebih… What next? Pemimpin Islam parti pembangkang angkat Kavadi di perayaan Thaipusam?

MEREKA SEDANG MENYERANG UMNO

Strategi yang di mainkan pembangkang(baca:Anwar) adalah memainkan serangan khusus terhadap Umno sahaja. Mereka tidak mahu menyerang MIC, MCA, Gerakan atau lain-lain.
Malah, calon Presiden MCA yang kalah dua kali, Chua Jui Meng yang baru menyertai PKR turut menyerang Umno semasa hari pengisytiharan keahliannya. Bukankah beliau anggota ahli MCA?
Di pihak Anwar pula memang berharap dan merelai jika parti-parti/pemimpin parti tersebut ingin bekerjasama dengan pakatan pembangkang. Malah lebih baik jika mereka menyertai pakatan pembangkang.
Pada Anwar, cuma Umno sahaja di jatuhi hukuman tutup pintu seumur hidup. Umno saja yang dianggap merosakkan Malaysia lalu Umno saja yang perlu di hapuskan dari bumi Malaysia! Begitulah dendam Anwar terhadap Umno tanpa memperdulikan semangat bangsa Melayu!
Kerana itu jua kita dapat lihat beberapa penulis dan pemimpin pembangkang menggelarkan UBN(Umno-BN). Ini kerana mereka memainkan perang psikologi agar parti-parti komponen merasakan BN adalah milik Umno secara ekslusif. Walhal BN telah diterajui secara muafakat dan toleransi yang tinggi.
Berlainan dengan pakatan pembangkang, Anwar seorang yang menjadi pemimpin de facto. Kita di pihak BN wajar menggelarkan mereka Pakatan Anwar untuk menyerang permainan psikologi pembangkang.
Tika ini, serangan terhadap Umno semakin hebat. Kepercayaan parti komponen amat di perlukan. Kita perlu berhadapan sebagai satu barisan. Waktu ini jugalah, saat terbaik untuk menilai siapa kawan, siapa lawan!