SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG UMNO CAWANGAN TAMAN ISKANDAR BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Monday, November 9, 2009


(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)
SHAH ALAM 4 Nov. - Isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta memainkan peranan untuk bergerak seiring dengan suami mereka bagi mendampingi rakyat dengan lebih dekat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendekatan itu penting dan patut dipraktikkan terutama di negeri-negeri yang sedang dikuasai pakatan pembangkang.
Beliau berkata, dengan berbuat demikian, para isteri wakil rakyat akan dapat menjiwai kemahuan dan keperluan rakyat. Pada masa yang sama, katanya, mereka dapat mengatur aktiviti dan program yang relevan dengan kehendak semasa rakyat serta kumpulan sasar.
''Saya rasa pendekatan ini penting terutama di Selangor kerana melalui program-program yang memenuhi kehendak rakyat kita akan dapat mengukuhkan silaturahim antara pemimpin serta isteri mereka dengan rakyat.
''Apabila terjalin kemesraan maka wujudlah kepercayaan serta perasaan sayang terhadap pemimpin dan cara ini diharap akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.
''Saya juga minta isteri-isteri wakil rakyat agar turun padang dahulu untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan bagi mewakili suami yang mungkin terlambat kerana sibuk dengan tugas dan mesyuarat," kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini petang ini.
(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)
Cadangan Rosmah ini amatlah tidak praktikal. Adalah lebih baik isteri-isteri YB lebih tumpu mendidik anak-anak di rumah supaya kebahagian dan keharmonian rumah tangga YB akan menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat dan pengundi.
Hakikatnya menjaga isteri YB lebih sukar dari YB sendiri kerana kerapkali isteri-isteri YB lebih cerewet dari suami mereka sendiri sehingga rakyat-rakyat bahawahan mereka menjadi meluat dan nak termuntah dengan sikap lebih camca dari bubur.
Ada insiden di mana pernah YB sendiri dileter isterinya di hadapan rakyat kerana kesilapan kecil aturcara majlis ini pula untuk terlibat terus dalam tugas-tugas dan majlis YB.
(MummyRokiah)