SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG UMNO CAWANGAN TAMAN ISKANDAR BAHAGIAN JOHOR BAHRU

Wednesday, July 22, 2009

MEREKA SEDANG MENYERANG UMNO

Strategi yang di mainkan pembangkang(baca:Anwar) adalah memainkan serangan khusus terhadap Umno sahaja. Mereka tidak mahu menyerang MIC, MCA, Gerakan atau lain-lain.
Malah, calon Presiden MCA yang kalah dua kali, Chua Jui Meng yang baru menyertai PKR turut menyerang Umno semasa hari pengisytiharan keahliannya. Bukankah beliau anggota ahli MCA?
Di pihak Anwar pula memang berharap dan merelai jika parti-parti/pemimpin parti tersebut ingin bekerjasama dengan pakatan pembangkang. Malah lebih baik jika mereka menyertai pakatan pembangkang.
Pada Anwar, cuma Umno sahaja di jatuhi hukuman tutup pintu seumur hidup. Umno saja yang dianggap merosakkan Malaysia lalu Umno saja yang perlu di hapuskan dari bumi Malaysia! Begitulah dendam Anwar terhadap Umno tanpa memperdulikan semangat bangsa Melayu!
Kerana itu jua kita dapat lihat beberapa penulis dan pemimpin pembangkang menggelarkan UBN(Umno-BN). Ini kerana mereka memainkan perang psikologi agar parti-parti komponen merasakan BN adalah milik Umno secara ekslusif. Walhal BN telah diterajui secara muafakat dan toleransi yang tinggi.
Berlainan dengan pakatan pembangkang, Anwar seorang yang menjadi pemimpin de facto. Kita di pihak BN wajar menggelarkan mereka Pakatan Anwar untuk menyerang permainan psikologi pembangkang.
Tika ini, serangan terhadap Umno semakin hebat. Kepercayaan parti komponen amat di perlukan. Kita perlu berhadapan sebagai satu barisan. Waktu ini jugalah, saat terbaik untuk menilai siapa kawan, siapa lawan!

No comments:

Post a Comment